Sudut Ruang

Ruang bekerja / working space
 Inilah ruang kerja saya semenjak 2013- Alhamdulillah, sememangnya cukup terhad, tapi nak buat macam mana.. kerja sambilan. Daripada merekabentuk design pelanggan serta 'googling' images yang diperlukan, redesign..adjustment hinggalah ke peringkat memotong vinyl (sticker atau t-shirt vinyl) semuanya dilakukan di ruang yang amat terhad ini. Ya! hanya ruang untuk saya seorang sahaja! 

Kini, dengan berbekalkan satu cutting plotter yang kecil tapi berbaloi kegunaannya, dari vinyl untuk stiker hinggalah kepada vinyl untuk t-shirt, itu ajelah mesinnya. Cuma perlu gunakan 'blade' yang berasingan jika tidak blade cepat tumpul.

4' Cutting Plotter for SALE!
Sebelum ini saya mempunyai sebuah cutting plotter yang bersaiz 4 kaki lebar! Hasrat nak buka kedai sticker satu masa nanti. Dengan plotter yang besar ni dulu, saya dapat job untuk merekabentuk serta memotong stiker untuk 'body' kereta. Namun, saya melakukan kesilapan dengan menawarkan harga yang rendah pada pelanggan, sedangkan saya telah membuat kira2 dengan memperoleh lebih keuntungan. Benar, cuma tidak berbaloi dengan keuntungan yang diperolehi dengan kerja yang dilakukan ditambah lagi dengan sesetengah pelanggan yang sengaja 'takmo' nak bayar dan melambat2kan bayaran bila stiker dah siap, sedihnya. Saya bersabar dan cuba tumpukan dengan stiker yang bersaiz kecil. Oleh kerana stiker bersaiz kecil lebih banyak permintaan tetapi tidak sesuai dengan pelarasan kelajuan mesin tersebut, saya telah membeli sebuah cutting plotter yang lebih kecil.

Cutting plotter yang besar tu pun dah merajuk agaknye.. 'port' dah tak boleh nak 'detect' dah pulakk apalagi, bungkus truss!! simpan atas kabinet. Sesiapa yang berminat saya jual RM2K sahaja.. dulu beli RM3600.


Saya gunakan stiker vinyl dari brand 'NIKEN - ISO 9002, ISO 14001 Swiss Certification SGS International, Japan Quality Assurance Organization'. Pada saya, kualiti lebih kurang sama dengan yang vinyl popular tu. Kenapa? Hampir 2 tahun sticker pertama yang saya potong masih okay lagi tanpa terkopek atau berubah warna. Selain itu, saya juga ada guna stiker pantul 'reflective stickers' berlainan jenama. 
'NIKEN' Jenama sticker yang digunakan

Saya ada satu 'roll' stiker karbon belum guna. Saya nak jual RM300 sahaja,
ada sesiapa yang berminat?
Stike ' Carbon fibre effect'

Saya juga ada menerima tempahan print t-shirt dengan kaedah 'heatpress'.
Kebanyakan pelanggan adalah dari kenalan rapat serta kawan atas kawan.
Heatpress Machine

Dulu ada juga fikir untuk buat 'advertisment' seperti mana orang lain buat,
sekarang nahh!! saya dah ada blog, facebook, instagram untuk kemudahan pelanggan.
Usaha dah dilakukan.. Urusan rezeki semuanya dari Allah swt. apa nak dibimbangkan!

Official Advertisment Banner


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...